Status

CafeMom Tickers

Thursday, November 05, 2009

Adik beradik aku memang kadang-kadang senget sket


Nak share gambar bengong adik beradik aku masa perkahwinan sepupu kitorang. Ahahaha. Semua pakat pose dengan kulit oren dalam mulut.
Kurang dua orang aje. Sorang tgh jaga Iqbal kot, sorang lagi memang penanggah yang hardcore.
:P
Suami saya tiada dalam gambar.
credit gambar pada Angah, sepupu kitorang dengan kameranya yang hebat. :D

Monday, October 26, 2009

Bila mama adalah satu cabaran untuk Iqbal

Iqbal dah mula nak memanjat. Baru boleh merangkak komando, bukan merangkak angkat bontot. Makin jauh langkah dia dah yang paling Iqbal suka panjat adalah Mama.

Pantang nampak mama baring. Nak panjat.
Pantang kaki mama menjulur kebawah. Nak panjat.

Mama bagitau Iqbal yang Mama adalah halangan yang tak berapa mencabar untuk dipanjat. Cuba Iqbal panjat la perut Abah. Ehehehe

Friday, October 23, 2009

Mesin jahit dan saya

Saya berjaya mengicak mesin jahit daripada mak saya.

Saya sayang mak saya.

Iqbal dan Mama Iqbal cebatuk-batuk

Kesian Iqbal dan Mama Iqbal cebatuk-batuk.

Uhuks..

Friday, October 16, 2009

Kek Coklat yang moist dan senang gila


Gambar ini adalah kek kedua untuk backup kek open house haritu. Malas nak belah-belah tengah. Aku siram aje dengan choc ganache yang melimpah ruah.


Ingat tak entri kek coklat yang aku masak dalam periuk nasi tu? Kepada sesiapa yang datang open house runcit-runcit rumah aku haritu. Kek coklat tu la yang aku hidangkan. Cumanya, aku belah tengah, letak creme cheese filling dan covered with chocolate ganache. Bunyi hebat macam tahap dewata raya, tapi hakikatnya ianya semudah google sahaja.


Resepi kek tu aku dah google lama. Dan itu adalah kali ke-3 aku cuba without fail. Resepi tu aku dapat daripada K-lynn. Ada juga resepi carrot cake dan oreo cheesecake yang belum aku cuba lagi. Tapi tu adalah resepi yang biasa K-lynn buat, jadi sudah tested kesedapan dan keberhasilannya.


Aku double the amount, untuk dapatkan kek yang tinggi sket. Supaya boleh belah tengah dan letak filling.

K-lynn juga ada bagitau yang resepi ni fleksible. Aku setuju sebab masa mula-mula buat aku takde susu cair. So aku letak dua sudu susu pekat dan air yang aku bancuh dengan sukatan susu cair tu. Dan aku kurangkan sedikit gula. Menjadi juga, kali pertama cuba dan menderhaka dengan resepi.

Apapun, silalah cuba resepi tu. InsyaAllah sedap. :)

Labels: , , ,

McDonalds Contour Glass yang cantik

Selepas kisah Iqbal tak mahu tidur pada pukul 2 pagi, Nuar pula balik lewat. Pukul 9 baru balik rumah. Nuar pesan awal-awal, tak payah masak. Nak apa nanti dia belikan.

Aku sangat berkenan dengan Gelas Contour McDonalds yang diberi percuma dengan Gelas Contour Meal tu. Memang cantik la. Have been drolling over for the last few week. Tapi, malas nak makan fast food.



Semalam, setelah malas nak fikir apa, lagipun McDonalds on the way sahaja. Order sahaja McDonalds. Dah perut aku lapar pukul 9 lebih tak makan malam lagi. Dua biji oren dah aku lenjan. Sah-sah esok i cirit-cirit.

Gembira dengan Spicy Chicken McDeluxe, french fries, air rebina (kellessss!) dan Strawberry Sundae. Wajib ada Sundae untuk dapatkan gelas seksi itu. Dapat warna kelabu dan hijau. Yang hijau tu nampak old skool habis. :) But by all means, kelabu looks better.

Kalau nak mengumpulnya, memang sakan kena makan McDonalds. Tak larat lah nak makan fast food aje. But seriously gelas tu cantik. Lepas ni nak simpan sumer cawan melamin yang mama bagi. Tinggalkan dua gelas contour McDonalds aje lah.

Thursday, October 15, 2009

Sibuk niii... eheheeh


Minggu ini akan jadi yang paling sibuk. Lelagi weekend. Makcu & Pakcu nak kawinkan anak.

Doktor kawin dengan doktor u ols.. Akan bekerja di kenduri secara full throttle kerana Makcu & Pakcu banyak dah tolong masa kenduri Along dan kenduri aku dulu.

Harap Iqbal akan behave (seperti selalu). Iqbal memang sangat behave in the crowd. Tapi bila malam-malam dan bertiga-tigaan, sangat mencabar keimanan aku. Pukul 2 pagi menggelisah dan nak main-main sahaja. Pukul 4.30 pagi setelah much effort utk layan dan bila geram, marah-marah sket, baru dia nak settle down. Rasa nak simbah Nuar yang tengah tidur.

Tuesday, October 13, 2009

Resepi: Seafood Carbonara


Gambar 70% daripada makanan Open House Runcit-runcit pada Ahad lepas.
Gambar ihsan: kak pnut


Ada orang yang minta resepi, jadi aku tempelkan di blog ini.

1 Bawang Besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ketuk dan cincang halus)

200gm udang sederhana (buang kepala, tinggalkan ekor)
100gn sotong (buang lapisan purple dan potong bulat)

1 tin mushroom soup
1 tin air (guna tin mushroom soup tu, kasi bersih itu tin)
250ml whipping cream
1 tin button musroom (belah empat)
1 tsp daun parsley kering
lada hitam secukup rasa

1 genggam grated mozarella cheese ( kalau tak ada, sliced cheesedale tu pun boleh)

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, bila dah layu, masukkan bawang putih. Sampai naik bau.
2. Masukkan Seafood. Kacau sebentar. Sampai udang dah kira-kira masak.
3. Masukkan mushroom soup, dan air. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan whipping cream. Bila masukkan aje whipping cream, kuah tu akan terus jadi putih. Wow!!
5. Masukkan button mushroom, parsley dan lada hitam.
6. Setelah sebati, masukkan cheese. Cheese akan bagi creamy consistency dan hold kuah tu jadi pekat dan maha sedap.
7. Hidang dengan spaghetti, fettucini or linguini atau apa-apa jenis pasta yang kamu suka.

p/s: kalau tak suka seafood, tukar jadi ayam yang dipotong kecil.

Labels: , , ,

Open House Runcit-runcit sahaja

Open House Runcit-runcit aku berlangsung pada hari Ahad lepas. Walaupun adhoc, dan invitation pun secara adhoc, alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Wajah-wajah yang familiar yang datang amat menyenangkan hati aku. Mengingatkan aku betapa aku rindukan dorang.

Terima kasih pada yang sudi datang ke rumah ala-ala aku. Terimalah hidangan aku seadanya. Its not a 10 course meal tapi jamuan spaghetti. Spaghetti bolognaise dan carbonara, nugget ayam, fruit cocktail, homemade choc cake, kuih bakar dan air laici.

Ada rezeki, lain tahun kita jumpa lagi yach?

p/s: tak done amik gambar pun. Dan, mana pergi camera aku??

Tuesday, October 06, 2009

Percubaan untuk kontruksi kegembiraan.

Hampir berjaya. Semalam baca beberapa bab dalam buku La Tahzan.

Kesedihan ini cuma akan mengundang penyakit sahaja bukan?

Monday, October 05, 2009

Motivasi kendiri berada dalam tahap yang rendah.

Tuesday, September 29, 2009

Baby leg pelangi Iqbal

Dalam perjalanan ke Simp*ang Re*nggam untuk memetik bunga di taman awal-awal pagi lagi. Iqbal pun tak mandi. Cuma lap-lap aje. Iqbal pakai sweater merah dan baby leg warna pelangi yang aku sangat suka. Inilah hasilnya gua overdressed-kan Iqbal.

Kalau baby girl tu boleh lah ber skirt dan penyepit rambut dan bermacam-macam aksesori lain. Baby boy, ini ajelah yang aku boleh buat. Kalau tak jadi macam gini. Ini semua kerja pakcik makcik Iqbal la nih. (Jahat sungguh mereka itu)


Untuk sesiapa yang berkenan. Baby leg tu sangat cute. Sekarang tengah offer promosi raya RM10. Masa aku beli harga dia RM14. Beli dari sini.

Labels:

Monday, September 28, 2009

Berat hati

Selepas seminggu mengulit Iqbal, berat hati sangat nak hantar ke nurseri.

Sedih sungguh.

Labels:

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri!!!



Kata dulu tak kosser nak berkedondong dengan famili. But pasrah, berkedondong memang cantik dalam gambar. :P

kedondong maksud aku sedondon.. ahahaha

Have a lovely raya.. Maaf Zahir Batin

Wednesday, September 16, 2009

Mood raya occay..

Tahun ni aku akan puasa penuh. Aku tak pernah puasa penuh sepanjang hidup aku. Nak tulis cerita pengalaman puasa aku pun dah naik malas.

Aku nak pergi The Curve.

Friday, September 11, 2009

Rumah tu syurga aku..

Tengok rumah baru Kartini, sangat homey dan cantik occay.

Dalam hati terangat ingin la memiliki rumah sendiri. Tapi kami masih dalam tahap menstabilkan kedudukan ekonomi selepas 6 bulan gerhana. Tapi sangat gembira bagi pihak kawan-kawan yang lain. Yang kebanyakannya pada umur sekarang ini (malas nak sebut..) sudah sudah stabil (anak lebih daripada dua) dan memiliki rumah sendiri. Argh.. cemburu dengan aura yang positif. :)

Boleh dikatakan sekarang ni, aku dan nuar masih baru nak memulakan hidup. Dengan Iqbal pun aku ambil masa lama untuk get used to apetah lagi kehidupan sekarang generally. Lembab sungguh ko ni Syura. Ahahaha.

Orang kata kayuh pelan-pelan. As long as berkayuh, daripada tidak kemana-mana. Sekurangnya bergerak juga walaupun dalam aksi perlahan.

Sigh.. alhamdulillah. Syukur masih lagi ada tempat berteduh. Walaupun sewa, dan still tak siap. Maksud tak siap disini adalah perabot untuk ruang tamu pun tak settle. Cuma ada 2 seater couch dan TV. Meja makan pun belum ada lagi. Ehehehe.

Sebab tu saya teramat malu nak ajak orang datang kerumah. Ini adalah alasan untuk tidak membuat open house raya tahun ini. :P